EFOLIO ETIKA DAN
PERADABAN ( KESIHATAN DAN PERPADUAN )
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU21032 SESI DIS 2020
KESIHATAN DAN PERPADUAN
ISI KANDUNGAN
BIL |
PERKARA |
MUKA SURAT |
1 |
PENGENALAN |
1 |
2 |
ISI DAN
CONTOH |
1-4 |
3 |
KESIMPULAN |
4 |
4 |
LAMPIRAN |
4-5 |
5 |
RUJUKAN |
5 |
6 |
DISEDIAKAN
OLEH |
5 |
Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang
aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang
hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
unik di rantau ini. Oleh itu,bagi memupuk perpaduan bagi masyarakat
Malaysia,kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin kesihatan dan hidup
yang sihat.
ISI DAN CONTOH
1)Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan
yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan
setiap masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada Kawasan perumahan yang tidak bersih
atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit berbahaya seperti demam
denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau
permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan saling menunding jari antara satu
sama lain.
Seterusnya perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu persekitaran
yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman dan
harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.
Sebagai contoh, di era norma baru yang sedang kita hadapi sekarang ini,
disebabkan penularan virus covid-19 perpaduan juga dapat dicipta melalui
Kerjasama barisan hadapan dan juga masyarakat tidak kira kaum bersama-sama
menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mencegah virus ini tular
dengan lebih pesat.
2)Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira
bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan
yang besar dalam penjagaan kesihatan . Mereka berganding bahu bersama
masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang
memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perubatan, keperluan asas harian
dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.
Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan
tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Hal ini sekaligus, dapat memperkukuh perpaduan masyarakat di samping
mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat
meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras utama dalam membangunkan
sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan ditumpukan
kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah
baik sistem penyampaian kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
dan mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan NGO.
3)Secara terperinci, kajian menunjukkan bahawa
majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat mengakui bahawa
mereka merasa gembira berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa (81.1%-item
1). Majoriti dalam kalangan mereka juga mengakui bahawa mereka dan jiran-jiran
di sekeliling mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain
(89.4%-item 2) dan boleh bertolak ansur dengan rakan-rakan yang berlainan
bangsa (82.4%). Manakala sejumlah 87.1% dalam kalangan remaja B40 yang terlibat
dalam kajian ini juga mengakui bahawa mereka boleh menjalankan pelbagai
aktiviti secara bersama dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa (87.1%-item
4).
Hasil kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh
Ruth et al (2016) yang mendapati bahawa majoriti responden yang terlibat dalam
kajian mereka menunjukkan rasa selesa menjalankan tugasan merentas kaum, suka
bergaul dengan rakan yang berlainan kaum, berasa selesa di bawah pimpinan kaum
lain dan suka melakukan aktiviti rekreasi bersama rakan yang berlainan kaum.
Manakala berdasarkan analisis regresi berganda yang dijalankan secara
stepwise dengan menggunakan sampel kajian sejumlah 244 orang remaja (jadual 5),
hasil kajian mendapati empat (4) faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan
dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat iaitu
kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat
cintakan Malaysia.
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan,secara signifikan , keputusan
kajian menunjukkan bahawa kesihatan diri menyumbang sebanyak 29.0 peratus
varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di
Kawasan perumahan rakyat. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa faktor
kesihatan diri merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi semangat perpaduan
dalam kalangan remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat. Manakala
kombinasi kesihatan diri dan tingkah laku prososial menyumbang sebantak 6.6%
perubahan tambahan terhadap semangat perpaduan. Manakala faktor hubungan
kejiranan dan semangat cintakan Malaysia pula menyumbang sebanyak 3.1% dan 1.4%
varians terhadap semangat perpaduan.
Kombinasi keempat-empat faktor peramal tersebut telah menyumbang
sebanyak 40.1% varians terhadap semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40
yang tinggal di tinggal di kawasan perumahan rakyat. Oleh itu, bagi menambah
baik dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan remaja B40 yang tinggal
di kawasan perumahan rakyat, maka faktor-faktor seperti kesihatan diri, tingkah
laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cintakan Malaysia perlu
dipertingkatkan melalui program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan bagi membantu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan
remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat.
Ini kerana semangat perpaduan merupakan aspek penting kerana ia
menyemai dan menggambarkan penyatuan nilai-nilai murni yang perlu dihayati
bersama dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan
golongan kaum dan etnik di Malaysia. Hasil dapatan kajian ini juga dilihat
menambah kepada pemboleh ubah baharu yang berhubungan dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi bidang ilmu berkaitan dengan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
4)Kesihatan yang baik adalah penting untuk
meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kerajaan terus komited untuk mencapai
akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh Rancangan
dengan meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan. Setiap
rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan
kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia
perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui
meningkatkan sokongan yang bersasar, khusunya bagi masyarakat yang kurang
mendapat akses kepada perkhimatan.
Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan
dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan
diperluas. Ini termasuk peluasan perkhidmatan kepada isi rumah miskin dan
berpendapatan rendah, Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar
bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang
perubatan dan kesihatan serta personel berkemahiran, mewujudkan lebih banyak
kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, dan
mengembangkan program jangkauan kesihatan. Sebagai contoh, pasukan penjagaan
kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor udara, dan sukarelawan kesihatan
kampung akan diperluas di kawasan pedalaman.
5)Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat
yang sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan
untuk memeriksa masalah kesihatan dan mandapatkan ubat. Tidak kira apa bangsa
klinik dan hospital akan manjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan
rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan
pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital dan semua
kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya
sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyant yang mesti diteruskan
malah dibanggakan. sebagai doktor ataupun jururawat, mereka tetap akan merawat
pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas
mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit
berjangkit melanda negara
Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia
kerana rakyatnya yang tidak membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan.
Masyarakat tidak perlu takut untuk berinteraksi dengan bangsa yang berbeza
kerana kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan saling menghormati
antara satu sama lain. Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama
dalam mengurangkan penularan penyakit berbahaya.
KESIMPULAN
Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara
kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana
dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah dapat dihadapi
bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh
negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita
dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama
dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan
pergerakan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan
dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin
menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.
LAMPIRAN
· Utusan Borneo Online
Program kesihatan berupaya perkukuh
perpaduan komuniti, kata Ibrahim
BERHIMPUN: Ibrahim (tengah, sepuluh
kiri) bersama penduduk Batu Biah pada Program Perhimpunan Hari Komuniti
Sepakat.
LIMBANG: Program kesihatan berupaya menghimpunkan masyarakat sekali
gus memperkukuh perpaduan komuniti di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang juga
Ketua Kampung Batu Biah Ibrahim Sahat berkata, meskipun tidak berdepan masalah
perpaduan namun komuniti digalak memantapkan hubungan dengan penganjuran
pelbagai program termasuk berunsurkan kesihatan.
“Program Perhimpunan Hari Komuniti Sepakat satu wadah terbaik untuk
memantapkan perpaduan.
“Selain itu, ia menggalakkan komuniti bersama membudayakan kehidupan
lebih sihat dan cergas,” katanya ketika ditemui pada program itu di Dewan Rekreasi
RPR Batu Biah di sini.
Ibrahim berkata, selain mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat,
ia juga memastikan penglibatan menyeluruh dalam setiap program dilaksanakan.
Katanya, program komuniti tersebut mempererat semangat kejiranan dan
menerap konsep kerjasama dan saling menghormati.
“Program bermatlamat merapatkan hubungan serta memupuk komuniti menjaga
kebersihan kawasan sekitar perumahan dan kehidupan seharian,” jelasnya.
Ibrahim turut berharap program itu mampu membuka peluang kepada penduduk
untuk terus berinteraksi dalam konsep kejiranan.
RUJUKAN
· http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/26777/8232
- https://www.google.com/searchq=RMK+MENINGKATKAN+KESEJAHTERAAN+RAKYAT&oq=RMK+MENINGKATKAN+KESEJAHTERAAN+RAKYAT&aqs=chrome..69i57.16492j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
- · https://www.utusanborneo.com.my/2019/05/15/program-kesihatan-berupaya-perkukuh-perpaduan-komuniti-kata-ibrahim
- ·
https://haziqahhannis17.blogspot.com/
- ·
https://images.app.goo.gl/7vgZ46PTPdV4AqUH6
- · Buku rujukan Nilai Masyarakat Malaysia OFPS OXFORD FAJAR (Siri Politeknik)
DISEDIAKAN OLEH
CHE WAN NUR VIRDA
BINTI C W SAMSUDDIN (02DLS20F2005)
RAJA MIZA FIRZANAH
BINTI RAJA MOHAMAD FEATHILAH (02DLS20F2021)
NURUL ROSHAZLIANA
BINTI MOHAMAD ZAN (02DLS20F2023)
NURUL IZZATI AZLEEN
BINTI ARIPIN (02DLS20F2040)
PIRIYA A/P
MANIVANAN (02DLS20F2035)
Comments
Post a Comment