Gejala Keruntuhan Akhlak
Masalah pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia
PENGENALAN
Di dalam surah An-Nur ayat 30-31 yang bermaksud
‘’ hendaklah kita menjaga pandangan mata dalam bergaul ‘’ memberi makna bats
dalam pergaulan bebas.
· Masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di Politeknik Malaysia. Masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ini sudah kerap kita dengari. Ini mungkin kerana mereka kurang mengambil tahu tentang ikhtilat. Sesetengah pelajar mendapat didikkan yang sempurna daripada ibu bapa akan tetapi apabila mereka berjauhan maka berlakulah kejutan budaya kerana mereka berjauhan dari keluarga. Masalah ini juga sudah banyak kali diingatkan oleh penceramah mengenai pergaulan bebas ketika ceramah. Namun mereka masih mengedahkannya. Seperti yang kita tahu pergaulan bebas adalah termasuk dalam 7 jalan zina. Pergaulan bebas termasuk juga dari segi pengenalan di alam maya iaitu dari facebook,instagram dan pelbagai media sosial.
“Janganlah
seorang laki-laki itu berdua-duaan dengan seorang perempuan itu kecuali
disertai dengan mahramnya, kerana yang ketiga itu adalah Syaitan: {HR. MUSLIM}
Faktor
Berlakunya Pergaulan Bebas
i.
Diri Sendiri
Penyebab
utama berlakunya pergaulan bebas ialah keinginan diri sendiri. Lazimnya,
perasaan ingin mencuba di samping nafsu yang tidak terkawal boleh mendorong
seseorang melakukan seks bebas tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut.
Golongan remaja terutamanya paling mudah terpegaruh dan sering terdedah kepada
unsur-unsur yang kurang sihat seperti dadah, mengambil minuman keras dan
pergaulan bebas yang menjurus kepada seks bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa
mereka sering memberontak dan sentiasa ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa
mengira sama ada haram atau halal sehingga boleh merosakkan peribadi dan
akhlak. Remaja terjerumus melakukan seks bebas kerana terlalu mengikut kehendak
naluri yang mahukan kebebasan, lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal fikiran.
ii.
Institusi Keluarga
Keluarga
merupakan sebuah institusi sosial yang berperanan untuk mengembang dan
membangunkan keturunan. Dalam hal ini, ibu bapa berperanan menjaga, melindungi,
mendidik dan membimbing anak-anak hingga mereka dewasa. Walau bagaimanapun,
institusi keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya
dalam membentuk generasi muda yang bersahsiah tinggi. Ibu bapa sepatutnya
memainkan peranan yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak mereka dapat
membesar dengan gaya hidup yang sihat. Kesan daripada kegagalan ibu bapa dalam
memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak, menyebabkan anak-anak
terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat seterusnya membawa cara hidup
masing-masing. Akhirnya, berlakunya pelbagai keruntuhan moral seperti lari dari
rumah, kegiatan pelacuran, buang bayi, vandalisme dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, masyarakat hari ini kurang kesedaran terhadap kepentingan agama
sama ada dalam kalangan ibu bapa atau masyarakat umum.
iii.
Rakan Sebaya
Remaja
cenderung mencari kawan yang sama dengan dirinya. Persamaan ini merupakan perkara
yang penting bagi remaja kerana pada ketika ini remaja sedang berusaha untuk
mendapatkan identitinya sendiri. Bahkan ada di antara remaja terpaksa meniru
perilaku temanya supaya dia diterima oleh kelompak tersebut. Pelbagai desakan
yang diterima dari rakan sebaya mahupun teman lelaki atau wanita menyebabkan
seseorang melakukan seks bebas.
iv.
Masyarakat
Masyarakat
merupakan badan tidak formal yang bertanggungjawab secara langsung membina
suasana persekitaran dan menyediakan keperluan masyarakat. Masyarakat
bertanggungjawab melakukan amar makruf dan juga menyelesaikan kemungkaran yang
membabitkan kesalahan-kesalahan kecil. Masyarakat dilihat sebagai ikon dan
ikutan kepada masyarakat yang lain. Tidak kira sama ada jiran tetangga, ibu
bapa, peniaga-peniaga atau ahli korporat, mereka semua tergolong dalam kelompok
masyarakat sekaligus bertanggungjawab menunjukkan contoh tauladan yang baik
kepada orang lain. Namun masyarakat hari ini yang kononnya “tidak mahu menjaga
tepi kain orang” telah menyebabkan kes seks bebas meningkat. Walaupun mereka
melihat dengan mata sendiri masyarakat sekeliling berkelakuan tidak sopan,
namun tiada sebarang tindakan diambil sama ada menegur atau memberi nasihat.
Situasi ini mendorong seseorang melakukan apa sahaja sekalipun di khalayak
ramai kerana tiada siapa yang mengambil tahu. Lebih-lebih lagi jika kurangnya
semangat dan budaya kejiranan, salah laku seks semakin sukar untuk dibendung.
v.
Media massa
Media
massa turut memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian masyarakat. Walau
bagaimanapun, media masa hari ini memberi ruang yang terlalu luas kepada
unsur-unsur maksiat dengan mencetuskan dorongan dan contoh negatif yang boleh
meruntuhkan peribadi masyarakat. Media massa elektronik umpamanya, banyak
menayangkan tayangan yang berbentuk maksiat seperti adegan bercumbu-cumbuan,
berpelukan dan sebagainya yang boleh mempengaruhi kehidupan masyarakat
terutamanya remaja egativ perilaku egative. Apa yang menyedihkan ada antara
adegan tersebut dilakukan oleh orang islam yang bukan muhrim untuk memenuhi
tuntutan skrip bagi sesebuah filem. Tidak semua yang dipaparkan dalam media
masa itu memberikan pengajaran yang baik. Umpamanya, corak pergaulan remaja
yang jauh dari nilai-nilai murni, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya
hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan
mengairahkan dengan mudah terdapat di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak,
cakera padat atau dalam bentuk lain-lain serta bahan media ini juga mudah
diperolehi.
Implikasi
Pergaulan Bebas Kepada Individu, Masyarakat,
Agama Dan Negara.
a. a. Keruntuhan akhlak
Seks
bebas menyebabkan keruntuhan akhlak kerana pelaku seks bebas akan mengingkari
ajaran agama. Mereka akan mengamalkan budaya hendonisme iaitu budaya yang
mementingkan keseronokan semata- mata dan mereka tidak peduli akan
ajaran-ajaran agama serta mereka tidak takut akan dosa. Contohnya, salah
seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada
tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam
dalam kerosakkan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera,
terdapat enam orang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks.
Bagi pelajar yang kerap bersosial dan sering keluar berpasangan tanpa sebarang
ikatan yang sah, mereka ini mudah terjerumus kepada perkara-perkara yang
merosakkan akhlak, tingkahlaku ini juga boleh menukarkan tumpuan utama pelajar
kepada pelajaran dan lebih leka kepada berseronok dan menghabiskan masa dengan
pasangan yang bukan muhrim.
b. b. Menjejaskan
imej negara
Kegiatan
seks banyak membawa implikasi yang negatif antaranya adalah menjejaskan imej
negara. Negara lain akan memandang rendah terhadap kerajaan kita kerana tidak
berupaya menangani masalah sosial. Negara kita akan dianggap sebagai negara yang
lemah kerana tidak mampu untuk menangani masalah sosial dan tanggapan bahawa
pemimpin negara kita tidak mengendalikan negara dengan baik. Kegagalan tersebut
menjadi buah mulut kepada pelancong negara jiran. Media massa juga menghebohkan
perkara tersebut dan mengakibatkan imej negara terjejas. Para pelabur dari
negara luar juga akan runtuh kerana tiadanya pusingan wang asing masuk ke dalam
ekonomi negara kita.
c. c. Menjejaskan
masa depan
Pergaulan
bebas juga menjejaskan masa depan remaja. Masyarakat sukar menerima remaja
sekiranya remaja tersebut insaf. Ini menyebabkan masalah kesukaran mendapat
pekerjaan. Lebih buruk lagi mereka disisihkan atau dibuang keluarga kerana
sukar menerima perbuatan mereka dan telah menconteng arang maruah keluarga.
Kesannya mereka hidup dalam keadaan terumbang-ambing akhirnya membunuh diri
kerana tertekan dan tiada tempat bergantung. Implikasi seterusnya adalah
peningkatan kes pembuangan dan pembunuhan bayi. Kehamilan luar nikah
menyebabkan mereka takut untuk memikul tanggungjawab yang berat lalu mencari
jalan singkat dengan mengugurkan bayi. Tambahan pula, mereka juga berasa malu
atas perbuatan mereka dan bimbang akan masa depan tercemar dan memilih untuk mengugurkan
bayi kerana mereka berfikiran bahawa jika menggugurkan kandungan atau menbuang
bayi, maka masalah mereka akan selesai. Kehamilan luar nikah terutama dalam
usia remaja akan menyukarkan hidup remaja kerana mereka tiada sumber pendapatan
tetap untuk menyara anak tersebut. Oleh itu, mereka memilih jalan singkat
dengan menggugurkan kandungan dengan membuang bayi ke dalam lubang tandas, tong
sampah dan di dalam longkang.
d. d.Penyebaran
penyakit yang membawa maut.
Terdapat
pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas oleh lelaki dan
wanita, tidak kiralah sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Antara
penyakit tersebut adalah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya
masih lagi belum ditemui sehingga ke hari ini. Selain itu, orang yang
mengamalkan seks bebas juga akan cenderung untuk mendapat penyakit seperti
Hespes Genital, Siplis, Ganoroe, Klamida, Hipetitis B, Gwnital Wrats dan kanser
serviks. Penyakit-penyakit tersebut amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut
sekiranya tidak dirawat dari awal. Ia juga sangat mudah merebak dengan orang
lain terutama sekali yang mengamalkan pergaulan bebas.
Cara
untuk mengatasi masalah pergaulan bebas:
·
Mencegah pelajar perempuan dan lelaki daripada duduk
berdua – duaan ketika di dalam kampus.
·
Mengadakan program kesedaran pelajar terhadap
pergaulan bebas.
·
Menceritakan kepada mereka kesan buruk dan apa yang
akan terjadi sekiranya mereka tidak mengendahkan masalah ini.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan mereka sebaiknya dalam mengatasi masalah ini kerana jika pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ini tidak dibendung atau dicegah, kemungkinan masalah yang lagi besar seperti berleluasanya aktiviti sumbang yang tidak diingini akan menimpa individu, masyarakat serta mampu memburukkan nama agama Islam atau negara.
Selain itu, seperti yang kita lihat pergaulan bebas ini memberikan impak yang negatif berbanding daripada positif dalam kehidupan seseorang terutama tertumpu kepada pelajar kerana pergaulan bebas ini boleh menyebabkan terjerumusnya kea rah zina. Hal ini juga telah memberi impak kepada masyarakat kerana mereka terpaksa menahan malu melihat remaja yang masih muda menyelesaikan masalah mereka seperti membuang bayi yang tidak bersalah.
Selanjutnya, bagi mencegah pergaulan bebas ini daripada meningkat berleluasa, ibu bapa ialah orang yang perlu memainkan peranan penting dalam menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak ketika mereka masih kecil. Perbuatan yang dilakukan oleh ibu bapa secara tidak langsung akan diikuti oleh anak sama ada perbuatan itu yang boleh dicontohi atau yang negatif. Ibu bapa perlu mementingkan agama Islam kepada anak mereka agar tidak terpesong jauh dari landasannya.
Di samping itu juga, pihak institusi pengajian tinggi perlulah menekankan kepada pelajar tentang keburukan-keburukan yang akan berlaku jika pergaulan bebas ini tidak diatasi dengan baik. Usaha dan pembangunan perlulah dilakukan oleh pihak atasan untuk membanteras gejala ini daripada menjadi isu yang lebih serius. Pelajar atau remaja perlulah dipantau dan diberi perhatian yang secukupnya agar mereka mampu membentuk diri menjadi seorang yang berakhlak mulia.
Akhir sekali, pergaulan bebas tidak akan terjadi jika semua pihak membanting tulang dalam mencegah gejala ini daripada berleluasa dan tiada sifat pentingkan diri dalam diri mereka. Kita juga sebagai masyarakat yang prihatin perlulah mencegah perkara ini daripada ia terus merosakkan akhlak remaja melalui pergaulan bebas ini.
- https://fliphtml5.com/nacpd/dzvi/basic
- http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-bebas.html
- http://penyiaranislamkumpulan1.blogspot.com/2017/03/pergaulan-bebas.html
- https://online.fliphtml5.com/wmfjn/xdnn/
- Nur Husnina ( F2009 )
- Nurul Roshazliana ( F2023 )
- Noraini ( F2025 )
- Raja Miza Firzanah ( F2021 )
- Nurul Izzati Azleen ( F2040 )
Comments
Post a Comment